Sejarah
Migrasi di Tanah Melayu Awal Abad ke-20 (1911-1921)
Tugasan 2
Di samping itu, pelajar
juga diberikan statistik penduduk Melayu yang terbentuk daripada pelbagai
kumpulan etnik yang berbeza. Ini bertujuan untuk menunjukkan sesuatu etnik itu
bukan homogenous (serupa) tetapi heterogenous
(pelbagai). Setiap kumpulan etnik mempunyai budaya dan cara hidup yang
tersendiri yang mungkin berbeza antara satu sama lain.
Jadual 2: Jumlah Etnik Jawa, Boyan
dan Bugis di Tanah Melayu, 1911-1912
Negeri
|
Jawa
|
Boyan (Bawean)
|
Bugis
|
Negeri-Negeri
Selat
|
18672
|
7070
|
1161
|
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
|
41674
|
1809
|
149
|
Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu
|
52691
|
900
|
7078
|
Jumlah
|
113037
|
9779
|
8388
|
Sumber:
J. E. Nathan, The Census of British Malaya, 1921 (London: Waterflow and Sons, 1922)
Arahan tugasan:
a. Membentuk graf daripada
statistik yang disediakan bagi mengenal pasti perbezaan jumlah penduduk etnik
Jawa, Boyan dan Bugis di Tanah Melayu antara tahun 1911 hingga 1921.
b. Menjelaskan faktor
perbezaan jumlah etnik di antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Daripada tugasan I dan
II, pelajar berjaya menilai perbezaan penumpuan etnik yang pelbagai di Tanah
Melayu melalui aplikasi peta (geografi).
Sampel Kerja Tugasan II:
(a) Gambarajah
2: Jumlah Etnik Jawa, Boyan dan Bugis di Tanah Melayu, 1911-1912
Jelas dari gambarajah 2, terdapat
juga imigran dari etnik Melayu yang bermigrasi ke Tanah Melayu bagi tempoh masa
1911-1921. Mereka terdiri daripada penduduk negara jiran, Indonesia. Jumlah imigran daripada suku Jawa jauh melebihi imigran
daripada suku Boyan dan Bugis. Tumpuan
suku Jawa adalah kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terutamanya di
Johor. Ini menjelaskan kepada kita kenapa hari ini ramai penduduk di Johor
terutama sekali di sekitar Muar contohnya adalah berketurunan Jawa.
Tidak seperti
imigran dari China dan India yang kebanyakannya berkhidmat di sektor
perladangan, perlombongan dan perniagaan, kedatangan etnik Melayu dari
Kepulauan Jawa dan Sumatera ini adalah sebagai penduduk tetap di Tanah Melayu
dan bekerja sebagai petani.
Selain itu imigran dari
dua wilayah ini juga terlibat sebagai buruh dalam perusahaan ladang yang di miliki
oleh perniagaan Eropah terutama British di Tanah Melayu.
Penggunaan
peta digital dan imej satelit daripada google
map menyediakan sumber bagi menjelaskan imigrasi yang berlaku antara
penduduk di Kepulauan Melayu terutama daripada kepulauan Jawa dan Sumatra ke
Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment