Thursday 7 November 2013

Jadual Program Persidangan Malaysia - Republik Indonesia 21 November 2013

As salam dan Salam Sejahtera,

Satu persidangan berkenaan Malaysia-Indonesia akan diadakan pada 21 November 2013 bertempat di The Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya anjuran bersama Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya dan IPDN.

Berikut adalah tentatif program persidangan ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi En. Shahrul di talian 03-7967 7975 atau 03-2147 3034.


Notis Penting Bengkel Penulisan Modul Sejarah Tingkatan Lima

NOTIS PENTING.

Untuk makluman semua, 

Bengkel Penulisan Modul Sejarah Tingkatan Lima bagi sesi pertama (11-12 November 2013) terpaksa dibatalkan dan ditunda kepada sesi kedua, 25-26 November 2013 ekoran terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. 

Bagi guru yang telah menghantar borang penyertaan untuk sesi pertama, 11-12 November 2013, pihak kami mohon respon kehadiran para guru jika dapat hadir pada bengkel sesi kedua, 25-26 November 2013.

Pihak urusetia bengkel mohon kemaafan terhadap kesulitan ini.

Sebarang permasalahan sila hubungi Cik Syarmimi di talian 03-7967 5562.